Alhamdulillah, hari ini baru selesai seharian program di Temin Jerantut program DPPNP yang menganjurkan Himpunan Pemuda Bantah ISA.
Program dianjurkan bertujuan mendidik, menerangkan dan mengemaskini kefahaman serta pandangan terhadap akta kejam iaitu ISA. Kekejaman akta ini adalah kerana mereka yang didakwa tidak diberikan peluang untuk membela diri apatah lagi untuk membuktikan mereka ini bersalah atau pun tidak.
Penganayaan adalah satu yang ditentang dalam Islam kerana ia bukan sahaja menyusahkan individu juga kepada keluarga dan masyarakat.
Kehadiran pemuda pada program hari ini adalah mencapai anggaran dengan dewan dipenuhi hingga kebelakang.
Advertisement
Recent Comments