Maklumat aktiviti yang terkini adalah seperti berikut:
Penceramah: Mohamad bin Sabu
Tempat: Markas PAS Sg Koyan 1
Tarikh: 13 Jun 2009
Masa: 9 malam
P/s: Perubahan program mungkin berlaku.
Terkini:
Ceramah sempena Maulidul Rasul akan dianjurkan pada 16 Mac ini bertempat di Markas Darul Hidayah, Sungai Koyan.
Penceramah yang akan hadir adalah Ustaz Roslee Abd Jabbar selaku YDP Pas Kawasan Kuantan dan Ustaz Fadli Ibrahim selaku ketua pemuda Pas Kawasan Jerantut.
Semua dijemput hadir memeriahkan majlis.
Posted in Aktiviti
Alhamdulillah, hari ini baru selesai seharian program di Temin Jerantut program DPPNP yang menganjurkan Himpunan Pemuda Bantah ISA.
Program dianjurkan bertujuan mendidik, menerangkan dan mengemaskini kefahaman serta pandangan terhadap akta kejam iaitu ISA. Kekejaman akta ini adalah kerana mereka yang didakwa tidak diberikan peluang untuk membela diri apatah lagi untuk membuktikan mereka ini bersalah atau pun tidak.
Penganayaan adalah satu yang ditentang dalam Islam kerana ia bukan sahaja menyusahkan individu juga kepada keluarga dan masyarakat.
Kehadiran pemuda pada program hari ini adalah mencapai anggaran dengan dewan dipenuhi hingga kebelakang.
Posted in Aktiviti
Alhamdulillah pada penghujung tabir tahun 1429H ini, pemuda telah berjaya menganjurkan kejohanan bola sepak 7 sebelah. Program tersebut dianjurkan oleh jawatankuasa DACS (Dukung Aspirasi Cintai Sukan) sebagai NGO yang beroperasi dibawah pemuda. Kejohanan dianjurkan pada 28 Disember 2008 bertempat di padang awam Kg Bukit Betong. Penglibatan 10 pasukan dari kampung berhampiran adalah menggalakkan. Berikut adalah sebahagian kenangan yang sempat dirakam.



Posted in Aktiviti
Pada 27 Disember 2008 telah dilancarkan kempen “Jom Sertai Pas” di Dataran Shah Alam. Pelancaran dilakukan oleh Presiden Pas Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Kempen ini bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka yang berminat menyatakan sokongan dan menjadi ahli Pas. Pendaftaran juga terbuka untuk menjadi ahli Kelab Penyokong Pas iaitu dari mereka yang bukan beragama islam. Majlis pelancaran bermula dari jam 3.00 petang dan pada hari tersebut sejumlah 300+ ahli baru berjaya didaftarkan. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk kepada laman rasami www.jomsertaipas.com yang menjadi media rasmi kepada kempen tersebut.

Posted in Umum
Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!
Posted in Uncategorized
Recent Comments